Monday 27 August 2012

SWP perbodoh rakyat dengan janji manis: Nyalau



GUNA DENGAN BAIK: Nyalau (tengah) menyampaikan cek MRP kepada Tuai Rumah Mudin, Kaong Ulu sambil diperhatikan Mussen (lima kiri) dalam majlis itu.


Ia tidak mampu beri kesenangan, pembangunan sebaliknya hanya janji kosong sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak mendakwa bahawa Parti Pekerja Sarawak (SWP) tidak mampu memberi kesenangan dan pembangun kepada rakyat sebaliknya hanya janji kosong sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat negeri ini terutama di Lubok Antu.

Ini terbukti apabila pemimpin-pemimpin SWP apabila berucap di beberapa rumah panjang sekitar Lubok Antu banyak menabur janji manis tetapi tidak pernah ditunaikan oleh mereka, ujarnya.

Sehubungan itu Nyalau menasihati rakyat di Lubok Antu termasuk tuai-tuai Rumah dan ketua kampung agar jangan melayan perangai pemimpin-pemimpin SWP sekiranya ingin mengadakan ceramah di rumah panjang kerana ia hanya membuang masa.

“Setahu saya banyak janji manis yang dijanjikan oleh SWP di sini (Lubok Antu) hari ini tetapi tidak ditunaikan…ini membuktikan bahawa SWP hanya hendak memperbodohkan kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Barbeku Ulang Tahun 30 Tahun Rumah Johnson Kaong Ili, Penempatan Semula Batang Ai Fasa 1, Lubok Antu, di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu Nyalau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Malcom Mussen Lamoh bersama-sama menyampaikan cek projek kecil luar bandar (MRP) kepada beberapa JKKK rumah panjang di sekitar DUN Batang Ai.

Selain itu Nyalau mengajak rakyat di kawasan pilihan raya Lubok Antu agar berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan dengan menyokong parti pembangkang seperti SWP yang sudah pasti tidak membawa apa-apa feadah.

“Dah tahu tiada apa-apa pembangunan yang dibawa kepada kepada rumah panjang mahupun kampung, buat apa hendak bermatian-matian menyokong parti pembangkang seperti SWP,” tegas beliau.

Dalam majlis itu Nyalau memberitahu bahawa lapan keluarga di Rumah Johnson akan mendapat bantuan penyambungan bekalan elektrik 24 jam ke rumah mereka bernilai RM300,000 nanti.

No comments:

Post a Comment