Monday 6 August 2012

PRS tubuh jawatankuasa untuk kaji kriteria pelantikan ketua masyarakat

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) semalam menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kriteria pelantikan ketua masyarakat, kata Presidennya Tan Sri Dr James Masing.

Jawatankuasa yang diketuai Naib Presiden Datuk John Sikie Tayai bersama lapan orang ahli itu baharu dibentuk menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi PRS di sini.

“Cadangan oleh jawatankuasa tersebut akan dikemukakan ke peringkat kerajaan negeri untuk tindakan lanjut jika diterima,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat di Ibu Pejabat PRS di Pending.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata lagi sistem pelantikan diguna pakai sekarang wajar dikaji semula agar ia memberi gambaran sebenar komposisi sesuatu kaum di sesebuah kawasan.

Mengulas perkara sama, Sikie berkata sistem lantikan ketua masyarakat yang antaranya merangkumi Temenggung, Pemanca, Penghulu dan Ketua Kaum sudah terlalu lama dipraktikkan.

“Jika tidak silap saya sistem pelantikan sekarang diwarisi sejak pemerintahan Rajah Putih,” katanya.

No comments:

Post a Comment