Satu lagi kebiadapan PR ditunjukan. Terbaru 4 buah negeri di bawah pemerintahanya menggunakan tema hari kemerdekaan sendiri. Belum apa-apa dah tunjuk taring, betul tak. Dan Buat pertama kali dalam sejarah, tema sambutan Hari Kemerdekaan yang berbeza bakal digunakan di kedua-dua peringkat negeri dan pusat ekoran rasa tidak puas hati dengan tema dipilih oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN). Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, "pihaknya akan memilih tema untuk digunakan di peringkat negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan".
PR khususnya Pas kesal sambutan kemerdekaan ke-55 tahun ini, dicemari unsur politik BN sama ada dalam tema, logo mahupun lagu temanya.
Mahfuz berkata, PR menolak ketiga-tiga unsur terbabit dan memilih tema sendiri bagi menggantikan ‘55 Tahun Janji Ditepati’ oleh Kerajaan Pusat.
“Kita terima 250 hingga 300 tema, yang dicadangkan oleh orang ramai. Jawatankuasa dipengerusikan Sasterawan Negara, (Datuk) A Samad Said akan memilih tema bersesuaian untuk dibentangkan kepada Sekretariat PR,” katanya.
Menurutnya, Majlis PR kemudian akan mengumumkan tema sambutan Hari Kemerdekaan PR untuk digunakan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
“Sudah pasti tema kemerdekaan kita berbeza dengan Pusat. Memandangkan memorandum diserahkan tidak mendapat respons Pusat, kita putuskan pilih tema sendiri,” katanya.
Mahfuz turut mempertikai tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan, yang diumumkan Ahad lalu.
“Setelah dikritik banyak pihak, akhirnya logo diubah. Ini menunjukkan sejak awal lagi wujud kesilapan dalam pemilihan logo mahupun tema,” katanya.
Menurutnya, lagu tema kemerdekaan yang dimuat naik di Youtube, turut menerima kritikan pedas termasuk mereka yang memilih dislike.
Awal semalam, Rais menerusi satu mesej Twitter telah meminta pengikutnya memberi pandangan tentang lagu tema Hari Kemerdekaan yang boleh diperoleh menerusi YouTube.-Sinar Harian
No comments:
Post a Comment