Friday 3 August 2012

Persoal ketelusan punca kecoh

by Rusnan Mustafa

Dr Teo sepatutnya tanya prosedur, bukan persoal ketelusan undi pos: Karim

KOTA SAMARAHAN: Men-teri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah semalam memberitahu kekecohan yang berlaku selepas sesi taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan wakil parti politik kelmarin ber-punca daripada tindakan Dr Michael Teo mempersoalkan ketelusan undi pos membabitkan tentera.

Beliau menjelaskan Teo tidak sepatutnya mengemukakan soalan sebegitu tetapi sebalik-nya beliau harus bertanya pro-sedur mengenai perkara itu.

“Jika anda ada pertanyaan tetapi anda tidak membuat ke-nyataan umum di mana dia (Teo) berkata SPR mengendalikan undian pos di kem tentera selepas undian, peti undi di-simpan di dalam kem tentera, kita tidak boleh mempercayai komander tentera kerana kita tidak tahu apa yang berlaku dalam sana dan apabila peti undi dibuka kita lihat semua BN.

“Jadi anda (Teo) memba-yangkan SPR tidak menjalan-kan tugas, ia adalah satu tuduhan, satu kenyataan umum, SPR dan tentera dan BN me-lakukan sesuatu yang buruk di bawah sini walupun ia dijamin akan dikunci,” jelasnya ketika diminta mengulas mengenai insiden ketegangan itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan biji benih labu 767 dan 520 di Dewan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan semalam.

“Jadi sebab itulah, bila saya memberitahu beliau, jangan tanya soalan bodoh, bila saya kata begitu beliau sangka saya menganggap beliau bodoh sedangkan saya amat meng- hormatinya, tetapi soalannya tidak harus seperti itu, kerana kita boleh mengandaikan, memberi gambaran, dan ti-dak membuat tuduhan se- perti itu,” tambahnya.

Pada masa yang sama Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) turut menganggap kekecohan yang berlaku semasa sesi soal jawab selepas talimat peraturan-peraturan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) oleh SPR bukan sesuatu yang emosional daripada pihaknya.

“Ia bukan sesuatu yang emosional di pihak saya,” tegasnya lagi sambil menambah Dr Teo seharusnya bertanyakan ke-pada SPR mengenai proses dan prosedur untuk perkara itu.

“Jika anda tidak tahu, anda jangan tanya soalan itu, anda tanya bagaimanakah prosedurnya.

“Anda tidak boleh membuat sebarang tuduhan seperti itu kerana ia bukan caranya,” tambahnya.

Justeru, Karim menasihati pihak pembangkang terutama Dr Teo agar mempunyai kepercayaan kepada badan-badan yang menjalankan pro-ses demokrasi (pilihan raya) di negara ini.

“Beliau mesti ada sedikit kepercayaan kepada mereka yang mengendalikan pilihan raya, di mana-mana negara di dunia, apabila sebuah badan bebas sudah ditubuhkan, parti-parti yang bertanding mesti belajar untuk mempercayainya.

“Jika kita tidak percaya kepada orang lain, bagaimanakah anda boleh percaya kepada doktor anda?

“Jika saya tidak percaya kepada doktor sepertinya, saya tidak akan berjumpa dengannya… mesti ada unsur percaya,” ujarnya.

Menyentuh mengenai per-aturan-peraturan baharu pada PRU13, Karim menyambut baik dua peraturan baharu iaitu tidak ada lagi tempoh bantahan dan tiada lagi penarikan/pengunduran.

Menurutnya ia adalah satu perkembangan baharu dalam proses pilihan raya di negara ini.

“Ia baik kerana sebelum ini, selepas anda mengemukakan kertas pencalonan anda, kita perlu menunggu sehingga tempoh pencalonan tamat iaitu selama sejam.

“Selepas itu, kita perlu tempoh bantahan selama sejam, kalau dahulu lebih lama lagi tetapi sekarang sudah dikurangkan kepada sejam.

“Waktu menunggu terlalu lama dan terutamanya bagi calon dan penyokong yang menunggu di luar pagar, jika panas atau hujan, mereka akan susah,” katanya.

No comments:

Post a Comment