KUALA LUMPUR: Jangan guna politik kaki lima seperti tunjuk perasaan untuk menggertak sistem kehakiman atau mempengaruhi keputusan mahkamah, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau memberi ingatan itu sebagai mengulas tindakan sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melancarkan Kempen Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar pada tarikh Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini tidak menyentuh satu keadaan yang membawa ke-pada keadilan. Ini penting kita fahami dan rakyat saya percaya tidak akan menyebelahi pihak seperti ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Krismas dan Tahun Baharu 2012 anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Rais berkata, jika perhimpunan itu diteruskan, beliau menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat terpelihara. — Bernama
Beliau turut merujuk kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Harun Idris, yang dihukum penjara dua tahun bagi kesalahan rasuah oleh mahkamah pada 1977.
“Kes dahulu melibatkan Datuk Harun dan ramai lagi pihak-pihak besar yang telah dihakimkan oleh sistem kehakiman, mereka tidak ada membuat politik kakilima, tidak ada menggoda sesiapa atau menggertak sesiapa,” katanya. — Bernama
No comments:
Post a Comment