Wednesday, 8 August 2012

PAS Kota Samarahan: Isu Tapak Lupus Sampah


PAS Kota Samarahan: Isu Tapak Lupus Sampah

Wednesday, 8 August 2012


KOTA SAMARAHAN - PAS Kota Samarahan telah membuat tinjauan khusus ke tempat pelupusan sampah daerah Kota Samarahan yang menjadi masalah kepada masyarakat sekitar kawasan ini.

Tempat pelupusan sampah ini di bawah tanggungjawab dan seliaan pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Samarahan. Dari tinjauan yang dilakukan, tempat ini tidak diselenggara dan diurus dengan baik, yang menyebabkan bau busuk dan sampah sarap terbiar begitu sahaja.

Tambah memburukkan lagi keadaan, kawasan ini berdekatan dengan penempatan penduduk tempatan. Antara kampung yang berdekatan ialah Kampung Plaie, Kampung Sungai Batu, Kampung Rembus, Kampung Jegoi dan Kampung Baru.

Menurut penduduk kampong Sungai Batu yang ditemui, masalah bau (akibat tidak diurus dengan baik) ini akan bertambah buruk apabila waktu hujan dan mereka telah menanggung masalah ini sejak 20 tahun yang lalu.

Menurut Abang Ahmad Kerdee (Penasihat Undang-undang PAS Sarawak), yang ditemui ketika tinjauan ini dijalankan menyatakan kekecewaan beliau mengenai pengurusan pusat pelupusan sampah ini yang begitu teruk. 
Bukan itu sahaja, aktiviti pembakaran terbuka di pusat pelupusan sampah ini memburukkan lagi keadaan.

Penduduk sekitar berharap agar PAS Kawasan Kota Samarahan dapat membawa permasalahan ini ke pihak berkuasa tempatan agar penderitaan mereka selama 20 tahun akan berakhir.

Abang Ahmad Kerdee ditemui selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk di Kampung Baru, yang terdiri dari golongan fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas.

Harapan beliau agar sumbangan ikhlas ini dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam bulan Ramadan ini. Tambahan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi.

Beberapa penduduk kampong yang ditemui menyatakan kesyukuran dan mengakui bahawa PAS merupakan parti yang telus dan benar-benar berjiwa rakyat, sekaligus menepati slogan yang dibawa oleh PAS iaitu Negara Berkebajikan.

Selain itu, menurut salah seorang penduduk kampong yang mahu dikenali sebagai Abon, meminta kepada PAS agar mengajukan kepada kerajaan Barisan Nasional tentang agihan BR1M. Katanya “kalau benar kerajaan Barisan Nasional bersifat membela rakyat, kenapa bantuan ini tidak diberikan setiap tahun. Adakah ini ada kaitan dengan pilihanraya? Sedangkan Kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah lebih 50 tahun.”

English version

* PAS Kota Samarahan Urged Solve the Landfill Problem *


KOTA SAMARAHAN - PAS Kota Samarahan have made a specific surveys to Kota Samarahan District landfills that become a problem to the community around this area.

This landfill is under the responsibility and supervision of local authorities, District Councils Samarahan. From the survey, this place is not maintained and managed well, which causes a bad smell and the rubbish abandoned.

Add to worsen the situation, the area adjacent to the settlement of the local population. Among the nearby village are Kampung Plaie, Kampung Sungai Batu, Kampung Rembus, Kampung Jegoi and Kampung Baru.

According to Batu River villagers, the odor problem (by not being managed well) will get worse when the wet season and they have suffered this problem since 20 years ago.

According to Abang Ahmad Kerdee (Legal Adviser of Sarawak PAS), which met when the survey was conducted, he expressed disappointment about the management of this waste disposal center that was so bad. Not only that, open burning activities at waste disposal center gets worse.

Residents hope that PAS Kota Samarahan can bring this problem to local authorities so that their suffering for 20 years will be over.

Abang Ahmad Kerdee was met after presenting the contribution of daily essential goods to the residents in Kampung Baru, which consists of the poor, single mothers and senior citizens.

He hopes that these contributions can lessen the burden of the people in the month of Ramadan. In addition of this Shawwal is forthcoming shortly.

Some villagers that was met said thankfulness and acknowledge that PAS is a party that is transparent and really minded people, and meet the slogan carried by the PAS namely Benevolent State.

In addition, according to one of the villagers who wanted to be known as Abon, request for PAS to ask the Barisan Nasional government about the distribution of BR1M. He said, "If true the Barisan Nasional government is to defend the people, why this assistance is not given
every year. Does this have to do with elections? While the Barisan Nasional Government had ruled for more than 50 years. "


On behalf of PAS Sarawak


Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

sumber:sarawakup

No comments:

Post a Comment