Thursday 30 August 2012

PBB mungkin tampilkan seorang lagi calon wanita

PUTRAJAYA: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membayangkan seorang lagi calon wanita daripada parti itu akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)

Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof berkata dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Ne-geri Sarawak tahun lepas, PBB sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak telah me-ngetengahkan 10 muka yang kebanyakannya daripada Per- gerakan Pemuda.

“Saya fikir untuk pilihan raya Parlimen akan datang, mungkin terdapat seorang lagi (calon) wa-nita daripada PBB.

“Dalam pilihan raya negeri yang lalu, muka baharu adalah daripada Sayap Pemuda yang berumur 45 tahun dan ke bawah. Saya fikir untuk Pilihan Raya Umum kali ini, ia adalah adil untuk kita memberi peluang ke-pada Sayap Wanita PBB untuk diberi lebih banyak kerusi.

“Pemuda PBB menyokong calon wanita untuk diberi peluang bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Kita melihat gambaran yang lebih besar kerana ia bukan berdasarkan kepenti-ngan diri sendiri,” katanya ke-pada pemberita selepas majlis pelancaran enam produk baharu Dunham-Bush di sini semalam.

Kini, PBB mempunyai tiga calon wanita dan mereka ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, Nancy Shukri (Batang Sadong) dan Datuk Norah Abdul Rahman (Tanjong Manis).

Fadillah berkata muka baharu dalam PRU akan datang tidak akan menjejaskan PBB daripada mempertahankan kerusi yang di-sandang.

“Pada pilihan raya negeri lalu, mereka yang tidak dicalonkan masih bersama PBB dan BN untuk berkempen dan berkhidmat untuk rakyat. Inilah nilai-nilai yang disemai dalam PBB kerana berkhidmat untuk rakyat adalah paling penting,” katanya.

Mengenai masalah dalaman parti komponen BN Sarawak iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Fadillah berkata ia tidak menjejaskan persiapan pilihan raya di negeri itu yang digelar sebagai ‘simpanan selamat’ BN.

“Kita dapat menanganinya (masalah dalaman). Kalau lihat isu-isu yang berlaku dalam pilihan raya negeri yang lalu, ia adalah berpunca daripada masalah ke-pimpinan dalaman.

“Ini tidak menjejaskan soko-ngan di peringkat akar umbi dan masyarakat secara keseluruhan nya masih kekal. Mereka bersama kita.

“Kita dah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Kita berbeza dengan pembangkang. Kita sentiasa konsisten untuk memberi khidmat terbaik,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment