Wednesday 25 July 2012

Tindakan Judat keluar SPDP, sertai SWP tidak bermaruah

KUCHING: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat keluar Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai Parti Perja Sarawak (SWP) adalah tidak bermaruah.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebaliknya tindakan Judat itu seperti bermain kayu tiga.

Abdul Karim yang juga Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia, berkata rakyat akan menentukan kedudukan dan masa depan wakil rakyat terbabit pada pilihan raya nanti.

“Dalam konteks Barisan Nasional (BN) kita perlu akur dengan prinsip-prinsip dan perjuangan parti, bukannya mengikut kehendak diri sendiri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Abdul Karim berkata tindakan Judat keluar parti itu ternyata tidak memiliki kredibiliti yang unggul sebagai seorang ahli politik berjiwa rakyat.

Beliau menegaskan, tindakan Judat itu pastinya tidak dapat diterima oleh rakyat terutama penyokong-penyokong kuat BN di kawa-sannya.

“Sebagai rakan, saya berharap Judat dapat melihat secara umum situasi politik dan berfikir semasak-masak-nya sebelum beliau membuat keputusan drastik untuk keluar parti (SPDP),” katanya.

Abdul Karim ditemui pemberita ketika menerima kunjungan hormat Pergerakan Wanita SPDP Cawangan Pending sempena ‘charity movie show’ di pejabatnya.

Beliau menarik perhatian bahawa semua wakil rakyat mempunyai prasyarat tertentu dalam parti masing-masing sebelum melompat ke parti-parti lain.

“Sebagai wakil rakyat, beliau (Judat) seharusnya memahami dan menyelami isi hati rakyat di kawasannya sebelum bertindak meninggalkan mereka,” katanya.

Abdul Karim menjelaskan bahawa tindakan Judat sama sekali tidak menjejaskan persiapan BN atau SPDP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Beliau (Judat) hanya seorang ADUN, bukannya menteri atau pemimpin ter-tinggi parti justeru tindakannya keluar parti tidak menjejaskan BN,” katanya.

Pada Ahad lalu (di Kanowit), Judat secara terbuka meng-umumkan beliau akan meletak jawatan daripada SPDP secara rasmi pada 31 Julai ini bagi membolehkannya menyertai SWP.

Judat memberitahu beliau tetap dengan keputusannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Julau pada PRU13 nanti menentang penyandang BN.

No comments:

Post a Comment