KUCHING: Perbezaan pendapat antara ahli-ahli parti politik khasnya pergerakan wanita komponen parti Barisan Nasional (BN) tidak harus menjadi penghalang untuk berada di bawah satu bumbung yang akhirnya menjadikan BN menang bergaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, sebaliknya semua ahli parti perlu bersatu padu termasuk wanita bagi mencapai matlamat untuk terus memenangi pilihan raya.
“Sehubungan itu, untuk merealisasikan hasrat tersebut wanita hendaklah memiliki ilmu terkini, kemahiran re-levan dan sikap yang positif.
“Selain itu, wanita BN khasnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu ada jati diri dan kekuatan dalaman terutamanya dalam menghadapi PRU13 akan datang dan kita tidak mahu perbezaan pendapat di kalangan ahli menjadi pemisah untuk mencapai kemenangan bergaya,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada majlis penutupan Seminar Jati Diri 1Malaysia anjuran Biro Pe-nerangan Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan kerjasama Biro Tatanegara Sarawak yang dihadiri Setiausaha Pergerakan Wanita BN Negeri Nancy Shukri di sini, semalam.
Fatimah berkata, kini agenda utama parti adalah untuk memantapkan jentera termasuk pergerakan wanita dari semua parti komponen negeri ini.
Katanya, segala perbalahan dan juga perbezaan pendapat sesama sendiri harus diketepi-kan dan boleh diselesaikan secara baik.
“Selama ini negara kita sering dijadikan contoh dan dirujuk sebagai sebuah negara membangun yang berjaya menguruskan perpaduan dengan baik walaupun di sebaliknya berlaku bermacam perdebatan oleh segelintir ahli-ahli politik,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, wanita di negara ini bertuah kerana kepimpinan tertinggi baik di peringkat kerajaan pusat mahupun negeri mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Berhubung seminar yang diadakan, katanya, ia merupakan asas atau platform terbaik di dalam memberi kefahaman, kesedaran betap pentingnya meningkatkan usaha di dalam mencari jalan penyelesaian terbaik ke atas apa jua isu berbangkit secara rasional.
Seminar setengah hari yang dihadiri Pengarah Biro Tata-negara Sarawak Roslan Baharuddin mendapat penyertaan daripada seramai 124 orang ahli pergerakan wanita empat parti komponen BN negeri.
No comments:
Post a Comment