Monday 16 July 2012

Cina harus beralih sokong BN


by Nick Fletcher

TARIK SOKONGAN CINA: Idris (tengah) menerima buku program tayangan perdana daripada Tan Kai sempena kunjungan hormat delegasi parti komponen BN di kediamannya di Kuching, semalam.


KUCHING: Senator Datuk Idris Buang semalam menyampaikan mesej kepada pengundi Cina di bandar agar mengubah minda pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti dengan beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, jelas beliau sokongan daripada masyarakat itu amat diperlukan dalam memastikan pelan transformasi kerajaan terutama Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dapat direalisasikan dengan sempurna.

“Visi kerajaan adalah berpandangan jauh iaitu membangunkan ekonomi negeri serta menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi baharu menjelang tahun 2020 dan 2030,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Idris, populasi penduduk Sarawak dijangka meningkat dua kali ganda pada 2030 iaitu seramai 4.6 juta orang, yang menuntut keperluan pekerjaan sebanyak 2.5 juta.

Justeru tegasnya, hanya SCORE yang berupaya menampung anggaran keperluan pekerjaan tersebut dan ia seharusnya dijayakan dengan sokongan segenap masyarakat.

“Kerajaan telah merangka masa depan generasi baharu dengan memperkenalkan SCORE kerana hanya ini yang mampu menjamin peluang pekerjaan pada masa akan datang.

“Kerajaan tidak dapat mengekalkan kehidupan rakyat seperti biasa kerana ia akan menjejaskan masa depan generasi baharu,” katanya.

Terdahulu, Idris yang juga Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Lintang menerima kunjungan hormat daripada delegasi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) di kediamannya di sini berhubung tayangan perdana yang akan diadakan pada 29 Ogos depan di tHe Spring.

Delegasi SUPP diketuai oleh Ketua Pemuda SUPP Tan Kai manakala SPDP diketuai oleh Ketua SPDP Cawangan Pending Audie Chua serta Ketua Wanita SPDP Cawangan Pending Winnie Lim.

No comments:

Post a Comment