Friday 20 July 2012

Tindakan bekas pemimpin BN kaum Iban pecah belah perpaduan dikesali

ENGKILILI: Tindakan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) kaum Iban yang dilihat bersekongkol dengan parti pembangkang untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di kawasan luar bandar Parlimen Lubok Antu amat dikesali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa menyifatkan tindakan bekas pemimpin Iban seperti Jawah Gerang yang bersekongkol dengan Parti Pekerja Sarawak (SWP) mencaci barisan pe-mimpin BN semasa berkempen di Lubok Antu ketika ini, sebagai amat mendukacitakan.

Menurutnya lagi, perbua-tan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal itu bersama SWP yang ditaja Datuk Sng Chee Hua bersama anaknya, Larry Sng Wei Shien menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan penduduk Dayak di kawasan luar bandar Parlimen Lubok Antu ketika ini.

“Tindakan Jawah itu ber-tentangan dengan apa yang dia luahkan ketika bersama BN dahulu. Sepatutnya dia membantu kerajaan membangunkan taraf hidup penduduk Iban di situ dan bukannya meruntuhkan ikatan perpaduan dan memesongkan fikrian mereka,” katanya.

Dr Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entalau, Ulu Skrang, Engkilili kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak.

Turut hadir pada majlis itu Guru Besar SK Nanga Entalau Ismail Sili dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru sekolah terbabit, Tuai Rumah Belli Rabong.

Pada majlis itu, Dr Rayong mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM5,000 kepada PIBG SK Nanga Entalau bagi tujuan kegunaan pembangunan sekolah itu.

Selain itu, Rayong juga mengingatkan Jawah bahawa SWP telah mempergunakan dirinya untuk kepentingan politik parti keluarga Sng itu dan bukannya demi pembangunan hidup rakyat Lubok Antu.

Sehubungan itu, beliau meminta Jawah agar berhenti bertindak demikian dan seterusnya bersama-sama kerajaan BN untuk membangunkan hidup rakyat di kawasan Parlimen Lubok Antu nanti.

“Tetapi rakyat di sini sudah masak dalam politik dan tidak akan mudah termakan janji manis parti pembangkang ini dan tambahan pula rakyat luar bandar masih memerlukan pembelaan dari BN bagi meningkatkan taraf hidup mereka,” ujarnya.

sumber: theborneopost

No comments:

Post a Comment