Tuesday 3 July 2012

Lebuh Raya Berkembar


Menteri Infrastruktur, Pembangunan, dan Komunikasi Datuk Seri Michael Manyin dipetik sebuah akhbar tempatan sebagai berkata bahawa Kerajaan Negeri Sarawak tidak mampu membina lebuh raya berkembar.



Beliau turut menyatakan bahawa beliau sedar akan rungutan dan cadangan orang ramai berkenaan keinginan mereka untuk melihat lebuh raya berkembar dibina di Sarawak, namun hasil penyelidikan kementerian beliau mendapati kebanyakan jalan raya demikian adalah jenis bertol.

Manyin turut menambah bahawa pembinaan lebuh raya berkembar dari Miri ke Lundu akan menelan RM16 billion, dan jika dibina, kerajaan juga harus membina sebuah lalauan alternatif bagi kemudahan ramai kerana rakyat tidak boleh dipaksa menggunakan jalan raya bertol.

No comments:

Post a Comment