Tuesday 17 July 2012

BN gabung jentera parti


by Nick Fletcher.

UNTUK BN: Dr Sim (duduk, dua kanan) melihat laman Facebook Malam Bersama Sahabat P.195 (Parlimen Bandar Kuching) dan P.196 (Parlimen Stampin) sambil disaksikan oleh Audie (berdiri, tiga kanan), Wendy (berdiri, empat kanan) dan Winnie (duduk, dua kiri) serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain. — Gambar Mohd Rais Sanusi


KUCHING: Barisan Nasional (BN) Negeri kini dalam usaha melakukan penggabungan bersepadu jentera parti komponennya bagi mengukuhkan soko-ngan pengundi Cina di bandar raya ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Konstituensi yang disasarkan ialah Batu Lintang, Batu Kawah, Pending, Bandar Kuching dan Stampin.

“Kami akan melancarkan ‘1BN’ iaitu melibatkan jentera parti komponen BN Negeri kerana kami mahu BN Negeri bersatu padu.

“Tujuan kami ialah untuk mengukuhkan lagi soko-ngan pengundi terutama daripada kaum Cina kerana sokongan mereka amat penting,” kata Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bahagian Pending Athanasius Audie Chua.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas peng-anjuran Malam Bersama Sahabat P.195 (Parlimen Bandar Kuching) dan P.196 (Parlimen Stampin) yang akan diadakan pada 29 Ogos depan di MBO, tHe Spring di sini.

Terdahulu, Audie menge-tuai delegasi ahli jawatan-kuasa Majlis Malam 1Malaysia anjuran Pergerakan Wanita SPDP Bahagian Pen-ding mengadakan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Prof Dr Sim Hui Kian.

Hadir sama ialah Ketua Wanita SPDP Bahagian Pending Winnie Lim dan Timbalannya yang juga pengerusi pengelola Wendy Earnest Sadan.

Program tersebut akan membabitkan ahli-ahli daripada semua parti komponen BN Negeri termasuk Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Sementara itu, Wendy berkata seramai 400 orang dijangka menghadiri acara yang julung kalinya diadakan itu.

“Kami menjangkakan pang-gung wayang akan penuh dengan sasaran kehadiran melibatkan generasi muda,” katanya.

No comments:

Post a Comment