Wednesday 25 July 2012

Guna pendekatan spesifik dekati pengundi


by Wan Ali Amit.

KUNJUNGAN: Abdul Karim (duduk tengah) menerima kunjungan Pergerakan Wanita SPDP dan rombongan di pejabatnya, Wisma Sultan Tengah di Kuching, semalam.


KUCHING: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya menggunakan pendekatan spesifik untuk mendekati para pengundi terutama kalangan belia.

Menteri Muda Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dengan menggunakan pendekatan spesifik kita yakin dapat meraih sokongan mereka (belia).

Abdul Karim berkata golongan belia merupakan penyumbang besar dalam ledakan pembangunan, jus-teru mereka perlu diberi ruang terbaik untuk menyer-tai kerajaan.

“Saya percaya dengan menggunakan pendekatan terbaik, kita dapat meraih sokongan belia dan mampu mengukuhkan kedudukan parti-parti (BN),” kata-nya.

Menteri Muda Perumahan itu berkata pendekatan spesifik yang boleh digunakan untuk mendekati golongan belia ialah dengan mengenali kehendak hati mereka.

Beliau menarik perhatian bahawa golongan belia mempunyai minat dalam pelbagai bidang, justeru perlu bagi kita memenuhi kehendak bidang-bidang mereka.

“Kita juga perlu akui golongan belia mudah didampingi jika kita mempunyai pendekatan yang relevan dengan minat dan kehendak mereka,” katanya sambil berharap pendekatan itu harus digunakan oleh Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita parti-parti komponen BN.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pergerakan Wanita Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Pending sempena ‘charity movie show’ yang bakal diadakan di sini pada Ogos depan.

Hadir sama dalam kunjungan itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Kai, Ketua Cawangan SPDP Pending Audy Chua dan pengerusi pengelola Wendy Earnest Sadan.

Abdul Karim berkata Per-gerakan Pemuda dan Pergera-kan Wanita parti-parti komponen BN sememangnya memainkan peranan penting dalam meraih sokongan belia.

Justeru katanya, adalah diharapkan belia-belia ter-utama masyarakat Cina di bandar-bandar harus turut serta dalam pelbagai program yang dianjurkan.

“Saya percaya dengan penyertaan golongan belia dalam program-program yang dianjurkan, maka kita dapat memberi peluang kepada mereka bersama-sama menjayakannya,” ujar beliau.

Abdul Karim menambah selain menggunakan pendekatan terbaik, part-parti terbabit juga perlu menyelesaikan masalah rakyat secara berkompromi terutama masalah-masalah yang dianggap remeh.

“Masalah yang remeh-temeh boleh membawa kepada ‘ke-bencian’ masyarakat kepada parti kita, justeru kita seharus-nya menyelesaikan masalah mereka dengan cara yang terbaik,” katanya.

No comments:

Post a Comment