Wednesday 25 July 2012

Pengunduran Wong Judat: Mawan berdiam sementara waktu

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.

“Saya hanya akan memberi kenyataan apabila tiba masanya,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya matlamat perjuangan parti sebagai parti pemerintah di Sarawak akan terjejas dengan hanya seorang wakil rakyat Dewan Undangan Negeri sahaja yang tinggal.

Mawan, yang juga ADUN Pakan merupakan wakil rakyat DUN tunggal di SPDP selepas penarikan diri oleh ADUN Meluan Wong Judat.

Judat yang juga Naib Presiden SPDP membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.

Judat ingin meletak jawatan kerana ingin bertanding menentang Ahli Parlimen Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum, di kerusi Julau.

Manakala wakil rakyat lain seperti Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) dipecat daripada parti kerana menentang pucuk pimpinan.

No comments:

Post a Comment