Tuesday 3 July 2012

Taib sampaikan ucaptama, lancar Seminar Hab Halal Tanjung Manis di Jepun hari ini

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan menyampaikan ucaptama dan melancarkan Seminar Hab Halal Tanjung Manis di Mitsubishi Corporation di Tokyo, Jepun, pada hari ini (3 Julai).

Turut sama berucap adalah Penasihat Kanan Lembaga Mitsubishi Corporation dan bekas Pengerusi Misako Sasaki dan Ketua Pengarah Persatuan Jepun Malaysia Takakazu Ogawa.

Selepas majlis pelancaran, akan diadakan pembentangan oleh ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Pihak Berkuasa Pelaburan Malaysia Pembangunan (Tokyo) Mohd Hashim Abdul Ghani, Pengarah Unit Perancang Negeri Datu Ismawi Ismuni dan Pengarah Unit Hab Halal di Jabatan Ketua Menteri Samat Junai.

Menurut kenyataannya di sini semalam, Ismuni bakal melakukan pembentangan kertas kerja ‘Pelaburan dan Peluang Perniagaan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak’ manakala Samat akan membentangkan kertas kerja ‘Pelaburan dan Peluang Perniagaan di Hab Halal Tanjung Manis’.

“Penasihat Agensi Pembangunan Koridor Wilayah Tan Sri Rafidah Aziz akan memberi ucapan khas me-ngenai ‘Pelaburan Malaysia dan Kajian Ekonomi’ diikuti oleh ucapan penutupan oleh Koichi Wada, Pengurus Besar dan Ketua Eksekutif Mitsubishi Corporation Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan juga akan me-nyampaikan ucapan penutupan pada seminar itu.

Taib dan ahli delegasi juga akan melawat Muzium Mitsubishi Corporation, Sony Responsible Square, makan tengah hari mesyuarat bersama Hitachi Limited dan melawat Universiti PKS.

Ahli-ahli lain delegasi itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pelaburan dan Promosi Julaihi Narawi, Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman dan Pengarah Tanah dan Survei Datu Sudarsono Osman.

No comments:

Post a Comment