KUCHING: Rakyat menyambut baik 17 manifesto Barisan Nasional (BN) bertajuk ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’ yang diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil Kuala Lumpur malam kelmarin.
Sewaktu tinjauan Utusan Borneo semalam, Dolah Bujang, 34, memberitahu bahawa ia adalah langkah terbaik BN menjaga kebajikan rakyat serta berharap ia bukan seperti pepatah Melayu ‘sekadar menanam tebu di bibir’.
Dia yang bekerja sebagai pemandu van pernah memohon serta mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memanjatkan kesyukuran kepada kerajaan BN kerana banyak membantu meringankan beban keluarganya yang agak ramai.
“Jangan sahaja janji ini tinggal janji, janji mesti ditepati sebab manifesto BN ini sangat bagus,” jelasnya semalam.
Sementara itu seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Mei, 30, berkata beliau menyokong penuh manifesto BN itu kerana ia dapat membantu rakyat jika kerajaan BN mampu melaksanakannya.
“Bagus…kerajaan kongsikan kekayaan negara bersama rakyat jelata.
“Pembangkang hanya pandai menabur janji, tetapi tidak membawa kepada sebarang perubahan.
“Selalu sahaja cakap lebih tapi tidak ada apa-apa pun,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Bagi Majenah Suhai, 47, pula berkata pendapatan sebagai pekerja kilang tidak mencukupi baginya anak-beranak.
Katanya dia menyokong bantuan tambahan persekolahan dalam manifesto BN itu dan berkata ia merupakan keputusan terbaik bagi masa depan anak-anaknya.
sumber:theborneopost
No comments:
Post a Comment