Saturday 27 April 2013

Penasihat PKR berdalih tentang hudud

SARATOK 26 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan pendekatan 'menjawab soalan' sambil menyoal dan kemudiannya memperlekehkan wartawan yang mengajukan soalan tidak digemarinya.

Menjadi mangsa beliau kali ini ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times yang bertanyakan mengenai pendirian PKR dalam isu hudud Pas.

Pada mulanya, Anwar yang baharu selesai berceramah di pekan Kabong semalam menjawab soalan itu dengan memberitahu mana-mana parti pembangkang boleh mengemukakan cadangan dan perkara itu akan dibincang secara bersama.

Namun, apabila disoal kenapa masih tiada kesepakatan selepas lima tahun bersama, Anwar terus mempersalahkan media yang tidak melaporkannya.

Beliau kemudiannya bertanya wartawan berkenaan daripada mana dan apabila diberitahu, Anwar berkata: "Oh... patutlah, ada kenyataan yang jelas tentang hudud, bukan kenyataan UMNO, Straits Times (ini) UMNO," katanya dan terus menamatkan sesi soal jawab.

Sementara itu, di dalam ceramahnya, Anwar menjaja janji walaupun negeri yang dikuasai pembangkang sudah terbukti gagal menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Anwar berulang kali memberitahu, harga minyak di negara ini akan diturunkan pada 7 Mei selepas pembangkang menawan Putrajaya dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dihapuskan serta-merta.-utusan

No comments:

Post a Comment