Wednesday 24 April 2013

SUPP perkenal 10 deklarasi

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam memperkenalkan 10 deklarasi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Antara yang menarik ialah Pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) bagi Cina, penubuhan Universiti Shanghai Jiao Tong Kampus Sarawak dan Pengambilan Penjawat Awam bagi kumpulan bukan Bumiputera.

Bagi Pengiktirafan Sijil UEC, SUPP akan meminta kerajaan persekutuan agar mempercepatkan perihal pengiktirafannya.

Berhubung Universiti Shanghai Jiao Tong Kampus Sarawak yang merupakan kampus cawangan universiti China yang kedua diluluskan penubuhannya di Malaysia oleh kerajaan, SUPP akan memastikan pengambilan pelajar kumpulan pertama bermula tahun 2014, di samping mempergiatkan kerja-kerja pembinaan kampus tetap universiti tersebut.

Bagi Pengambilan Penjawat Awam pula, SUPP menggesa kerajaan persekutuan dan negeri untuk memastikan pengambilan kakitangan baharu kerajaan bagi kumpulan bukan Bumiputera di setiap peringkat jawatan berdasarkan nisbah penduduk.

Deklarasi lain ialah Menentang Rasuah, Rumah Mampu Milik (RMR), Tanah Untuk Pekebun Kecil, Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), Bantuan Kebajikan Untuk Yang Perlu, Tender Terbuka Untuk Semua Projek Kerajaan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Borneo.

Di bawah deklarasi Menentang Rasuah, SUPP menggesa pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan segera dan drastic terhadap mana-mana pesalah tanpa mengira ideologi politik atau jawatan dalam kerajaan atau di luar sektor kerajaan.

Parti juga akan mempromosikan kempen antirasuah untuk mengumpul bukti mengenai amalan rasuah dan mengambil tindakan yang betul untuk merealisasikan masyarakat sifar rasuah.

Bagi RMR pula, SUPP meminta Kementerian Perumahan untuk membina sekurang-kurangnya 100,000 unit RMR yang berharga di bawah RM100,000 dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menampung keperluan golongan berpendapatan rendah.

Seterusnya, Tanah Untuk Pekebun Kecil, SUPP meminta kerajaan negeri memperuntukkan 500,000 ekar tanah negeri untuk diberi milik kepada pekebun kecil yang tidak memiliki tanah bagi tujuan pertanian.

Pengukuran Tanah NCR pula adalah bagi memastikan ia disiapkan di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun akan datang. - theborneopost

No comments:

Post a Comment