Saturday, 27 April 2013

Anwar, Kit Siang, Guan Eng, Karpal yang perlu 'diubah'

KUALA LUMPUR 27 April - Jika benar rakyat mahukan perubahan, nama-nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh adalah individu yang perlu diubah terlebih dahulu dalam lapangan politik tanah air.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, rakyat tidak boleh mempercayai perjuangan politik parti pembangkang yang tidak sepakat dan mempunyai agenda masing-masing.

"Bolehkah kita percaya kepada Anwar. Anwar sebenarnya tak ambil peduli soal rakyat. Yang dia peduli hanyalah dirinya sahaja. Anwar for Anwar. Kalau nak ubah Anwar, saya amat sokong

"Nak ubah Kit Siang, Guan Eng, 100 peratus saya sokong. Karpal? Lagilah saya sokong. Mereka di dalam DAP kononnya memperjuangkan demokrasi. Tetapi itu hanya pada nama. Lihat bagaimana kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). Inilah DAP," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Nasional Pakatan Tak Sepakat - Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini petang semalam.

Tunku Abdul Aziz turut melahirkan rasa hairan terhadap 'perkahwinan' DAP dan Pas yang berjuang dalam pakatan pembangkang dengan ideologi berlainan yang sekadar mahu mengejar Putrajaya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment