Tuesday, 23 April 2013

Masa Depan Lebuhraya Pan Borneo

MIRI, 10/4/2012: Taraf jalan raya di Sarawak dan Sabah adalah sama dengan negeri lain tetapi jangan bandingkan keadaannya dengan yang ada di Kuala Lumpur kerana kemajuan di ibu negara itu lebih pesat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor. Katanya, adalah tidak benar dakwaan sesetengah pihak kononnya kemudahan jalan raya di kedua-dua negeri ini diabai tetapi apa yang berlaku ialah lebuh raya di beberapa tempat di Semenanjung dikendalikan oleh swasta yang turut mengenakan tol.

“Jika kemajuan sudah ada di bandar utama di kedua-dua negeri ini, kerajaan juga akan melakukan perkara sama (menaik taraf jalan). Di Sarawak dan Sabah, belum ada pihak swasta yang ingin memajukan lebuh raya yang turut mengenakan kadar tol seperti di Semenanjung Malaysia.

Jika kemajuan sudah ada di bandar utama di kedua-dua negeri ini, kerajaan juga akan melakukan perkara sama (menaik taraf jalan). Di Sarawak dan Sabah, belum ada pihak swasta yang ingin memajukan lebuh raya yang turut mengenakan kadar tol seperti di Semenanjung Malaysia. Maknanya jika ekonomi sudah berkembang maju, pasti ada syarikat swasta yang sanggup menawarkan perkhidmatan untuk membina lebuh raya seperti di Semenanjung Malaysia. – Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya
“Maknanya jika ekonomi sudah berkembang maju, pasti ada syarikat swasta yang sanggup menawarkan perkhidmatan untuk membina lebuh raya seperti di Semenanjung Malaysia,” katanya selepas melawat beberapa projek naik taraf jalan yang dibiayai Kerajaan Pusat, di sini, semalam.

Katanya, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM423 juta bagi menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo dari Sarawak ke Sabah. Beliau berkata, pada peringkat permulaan sejumlah RM100 juta akan diperuntukkan dalam masa terdekat ini untuk dikongsi kedua-dua negeri ini. Shaziman yang turut meninjau sendiri sebahagian laluan Pan Borneo itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Miri ke Bintulu dan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menaik taraf segera laluan berbahaya yang sering berlaku kemalangan.

“Ia membabitkan jalan sepanjang 217 kilometer (km) dari Sibu ke Bintulu dan dari Bintulu ke Miri sepanjang 207 km akan jadi keutamaan. Kedua-dua laluan ini digunakan setiap hari oleh banyak kenderaan komersial dan kenderaan berat yang menuju ke Bintulu dan lain-lain pelabuhan di bahagian tengah negeri ini,” katanya

Beliau berkata, kerajaan akan membina lebih banyak lorong memotong, terutama di kawasan berbukit bagi memudahkan pengguna Lebuhraya Pan Borneo. Katanya, kerajaan bukannya tidak berniat membina laluan lorong berkembar di Sarawak atau Sabah, seperti di Semenanjung tetapi keperluan itu belum mendesak.

“Kita akan bina laluan berkembar sekiranya jumlah kenderaan yang menggunakan laluan itu sudah mencecah 20,000 kenderaan. Sekarang kenderaan yang menggunakan laluan Lebuhraya Pan Borneo sekitar 10,000 kenderaan saja. Apapun kita akan bina sekurang-kurangnya 90 hingga 100 laluan memotong yang baru di sepanjang lebuh raya berkenaan, terutama di kawasan curam atau gunung,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf laluan Sibu-Bintulu-Miri. - Merdeka Online (FR)

No comments:

Post a Comment