Saya mengingatkan penduduk rumah panjang supaya berwaspada dengan taktik kotor pihak tertentu yang mahu menggagalkan PRU13. Jika sebelum ini saya memaklumkan bahawa SPR tidak pernah menguji penggunaan dakwat ke atas pengundi sebelum hari pengundian mahupun membenarkan pihak tertentu menjalankan ujian tersebut, satu lagi taktik yang akan digunakan ialah melalui SMS yang berbaur perkauman, budaya benci membenci dan penuh dengan pembohongan. Nilai dahulu isu kandungan SMS yang diterima (jika ada) dan sila buat laporan polis jika ia mengandungi mesej yang menyalahi undang-undang. Sebagai sebuah negara demokrasi, kita boleh berkempen menggunakan medium apa sekalipun tetapi mesti mematuhi peraturan dan undang-undang yang sudah digariskan. Saya juga mencadangkan kawasan Suri Tengah mempunyai satu pasukan sukarela memadam kebakaran. Ini akan meningkatkan lagi keselamatan di rumah panjang. Kita boleh bertindak segera sementara menunggu pihak bomba. Turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan dan ambillah peluang ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan supaya kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan baik. — Program Kesihatan dan Keselamatan di Suri Tengah.
No comments:
Post a Comment