Saturday, 20 April 2013

Kegembiraan tidak sampai 24 jam



TERPAKSA AKUR: See (kiri) ditemani Willy mengadakan sidang media di bilik gerakan PKR Stampin semalam.

KUCHING: Berita gembira pemimpin kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Boniface Willy Tumek yang dipilih sebagai calon bagi kerusi Parlimen Mas Gading tidak sampai 24 jam apabila beliau digugurkan selepas menerima arahan daripada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pusat.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How pada sidang media yang turut dihadiri Willy di Bilik Gera-kan PKR Stampin di sini, semalam.

See menjelaskan penarikan semula pencalonan itu dibuat selepas arahan daripada PR pusat yang mahu kerusi itu ditandingi satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

“Kita baharu sahaja menerima arahan daripada pihak pusat yang memaklumkan bahawa Mas Gading hanya akan ditandingi oleh rakan kita dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Mordi Bimol untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ini.

“Oleh itu, pencalonan saudara kita Willy ditarik semula bagi melaksanakan arahan daripada pucuk pimpinan PR pusat,” katanya.

Bagaimanapun, See menggesa penyokong PKR di kawasan Mas Gading agar memberi sokongan kepada calon PR yang akan bertan-ding di kerusi itu nanti.

“Meskipun rakan kita digugurkan, namun perjuangan PR harus didahulukan agar kita menang pada pilihan raya ini,” tegasnya.

Pada masa sama, See memberitahu PKR akan bertan-ding di dua kerusi lain iaitu Parlimen Sri Aman dan Miri masing-masing diwakili Nicholas Mujah dan Dr Michael Teo.

Sementara itu, Willy yang turut hadir pada sidang media itu melahirkan rasa kecewa selepas penarikan semula pencalonan beliau untuk bertanding di Mas Gading.

Namun, beliau terpaksa akur dengan arahan pucuk pimpinan parti bagi memberi laluan kepada anak muda kelahiran Mas Gading dari rakan partinya sendiri.

“Keputusan ini amat me-ngejutkan saya kerana watikah baharu sahaja diserahkan semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) pencalonan saya ditarik semula.

“Pada pandangan peribadi saya, ia amat mengecewakan kerana mana saya hendak letak muka selepas orang (penyokong PKR Mas Ga-ding) tahu mengenai pencalonan ini… bagaimana saya hendak menjelaskannya kepada penyokong PKR di sana?” katanya.

Selain itu, Willy memberi amaran kepada Mordi agar tidak menggunakan logo dan bendera PKR semasa berkempen nanti.

“Jika saya mendapati calon ini menggunakan logo dan bendera PKR, saya akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman parti PKR sendiri kerana mempergunakan usaha saya dan penyokong PKR yang bersusah payah melebarkan sayap PKR di kawasan ini,” ujarnya. - theborneopost

No comments:

Post a Comment