Thursday 18 April 2013

Chong tetap ingin bertanding



Chong
MIRI: Ahli politik veteran Miri Chong Kuan Fatt yang telah keluar dari Parti Keadi­lan Rakyat (PKR) tetap ingin bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini sama ada sebagai calon Bebas atau mewakili parti lain.

“Saya akan ke Kuching dan bertemu dengan parti lain untuk mewakili mereka jika diizinkan,” katanya kepada Utusan Borneo dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, jika gagal mewakili parti lain selain PKR, kemungkinan besar beliau akan bertanding atas tiket Bebas.

Chong berkata, beliau telah bergerak aktif dalam politik tempatan sejak 33 tahun lepas.

Tindakan itu, katanya, sebagai tanda kecewa kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, nama beliau telah dinaikkan sebagai calon dalam parti.

Bagaimanapun, katanya, pihak atasan tidak meny­enaraikan namanya pada saat-saat akhir.

Katanya lagi, beliau bertekad untuk bertanding kali ini kerana percaya masih mampu meraih sokongan daripada penyokongnya dan juga akar umbi.

Katanya, beliau akan mem­beli borang penamaan calon esok (Jumaat) selepas kembali dari Kuching. - theborneopost

No comments:

Post a Comment