KOTA SAMARAHAN- Sokongan yang diberikan kaum wanita menyuntik semangat calon baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P197 Kota Samarahan Rubiah Haji Wang untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
Ketika menghadiri Kem Wanita Solehah anjuran HIKMAH di Dewan Suarah di sini, calon baharu itu teruja dengan sambutan yang diberikan kira-kira 100 kaum wanita yang menunjukkan sokongan kepadanya.
Berucap di majlis itu, katanya, kaum wanita dalam kawasan Parlimen P197 Kota Samarahan juga memainkan peranan yang cukup agar keluarga mereka memberi sokongan dan undi kepada BN dalam pilihan raya ini.
"Wanita yang terdiri daripada kaum ibu sebagai ketua keluarga boleh membantu kempen BN dengan mengajak keluarga sama-sama mengundi BN pada hari pembuangan undi pada 5 Mei nanti, "katanya.
Katanya, pembangunan modal insan iaitu bidang pendidikan akan diberi perhatian utama sekiranya dia diberi peluang oleh rakyat menjadi wakil rakyat dalam kawasan Parlimen P197 Kota Samarahan.
"Saya mahu pembangunan modal insan ini mestilah seiring dengan pembangunan pesat yang dikecapi rakyat di Bahagian Samarahan hari ini.
Katanya, rakyat dalam kawasan Parlimen P197 Kota Samarahan harus berfikir dengan bijak dalam membuat keputusan dan terus memastikan kemenanhan BN demi memastikan kesinambungan pembangunan yang berterusan.
"Hanya sokongan berterusan kepada kerajaan BN yang boleh memantapkan lagi usaha membawa pembangunan kepada seluruh rakyat di kawasan ini, "ujarnya.
Menurutnya lagi, rakyat tidak harus mudah termakan pujukan pihak pembangkang yang menguar-uarkan slogan 'jom ubah' yang boleh membantutkan usaha kerajaan membawa pembangunan kepada rakyat.
"Jika kita mahu ubah seperti apa yang dimahukan pembangkang bukan mudah untuk kita memulakannya semula tetapi lebih mudah untuk kita meneruskan apa yang telah dilakukan kerajaan BN selama ini, "ujarnya. - sarawak update
No comments:
Post a Comment