Thursday 18 April 2013

Bekas ahli MT PRS dijangka bertanding calon Bebas



PATRICK
MARUDI: Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Rakyat Sarawak (PRS) Patrick Sibat Sujang dijangka akan bertan-ding sebagai calon Bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Baram pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Sibat yang telah meletak jawatan dan keluar daripada PRS untuk menyertai PKR Marudi, antara orang telah bekerja keras bagi melobi untuk bertan-ding di kerusi Baram pada PRU13 ini.

Bagaimanapun keputusan jawatankuasa tertinggi PKR Pusat tidak menyebelahi beliau sebaliknya mencalonkan peguam muda, Roland Engan yang juga timbalan pengerusi PKR Baram untuk bertanding di kerusi tersebut, menyebabkan Sibat kecewa dan meng-ambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Sibat yang dihubungi Utusan Borneo semalam, bagaimanapun berkata keputusan untuk bertan-ding sebagai calon Bebas belum muktamad lagi.

Sibat, seorang yang berpelajaran tinggi, merupakan anak tempatan berbangsa Iban dan berasal dari Kuala Bok, Tinjar, telah menjalankan kempennya sendiri bersama para pengikutnya ke beberapa kawasan di Baram sejak beberapa bulan lepas.

“Dengan menyasarkan para pengundi di kawasan Bakong, Tinjar, Ulu Teru dan kawasan ramai peng-undi Iban di Poyut/Lubok Nibong, iaitu tempat asal saya, saya sudah berkempen di hampir 80 peratus kawasan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo di kalangan pengundi di sini mendapati keputusan bekas pegawai kerajaan ini yang pernah menyandang jawatan timbalan pengarah di Jabatan Pertanian Negeri di Kuching, untuk bertanding sebagai Bebas dianggap ‘tepat pada masanya’ di mana ramai masih ‘merajuk’ dengan pengguguran nama penyandang kerusi Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan daripada senarai calon BN.

Malah bagi penduduk dan pengundi di Baram, kedua-dua Roland dan Anyi adalah muka baharu kepada mereka yang belum ‘membuktikan’ sumba-ngan masing-masing.

Jika Sibat tetap dengan keputusannya untuk bertanding, ia akan me-nyaksikan pertama kali calon daripada kaum Iban bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri, Sibat pernah bertanding atas tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) suatu ketika dahulu, namun tewas kepada mendiang Datuk Edward Jeli Belayong daripada BN.

Bagaimanapun persoalan sama ada Baram bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu atau tiga penjuru, hanya akan diketahui Sabtu ini, selepas proses penamaan calon tamat.- theborneopost

No comments:

Post a Comment