KOTA SAMARAHAN- Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak akan 'bertapak' di Sarawak dan rakyat akan menunjukkan kepada mereka jalan keluar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya kecil Batang Ai dulu yang menghina rakyat Sarawak masih memakai cawat dan tidak reti mengundi masih segar dalam ingata rakyat di negeri ini.
"Pengundi di Sarawak termasuk dalam Parlimen P197 Kota Samarahan akan menunjukkan kepada PAS sama ada kita ada tamadun ataupun tidak melalui keputusan pilihan raya pada 5 Mei nanti, "katanya.
Abdul Karim turut berkeyakinan tinggi muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P197 Kota Samarahan Rubiah Haji Wang akan menewaskan pencabarnya dari calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagu, sekali gus mencapai kemenangan besar.
"Says juga berkeyakinan tinggi BN sekali lagi mencapai kemenangan yang besar di Sarawak dalam pilihan raya kali ini, "katanya.
Jelasnya,BN menghormati Perlembagaan Malaysia dan demokrasi yang tidak menyekat mana-mana parti atau individu untuk bertanding dalam pilihan raya.
"Kita akan menggunakan demokrasi dan pilihan raya untuk menunjukkan kepada PAS bahawa mereka tidak ada tempat di bumi Sarawak dan juga Bahagian Samarahan, "katanya.
Menurutnya lagi, BN menghormati calon PAS dan kebolehan beliau tetapi 'kenderaan' yang digunakannya adalah kenderaan yang tidak ada tempat dalam hati rakyat Sarawak.- sarawak update
No comments:
Post a Comment