Saturday, 20 April 2013

DAP Sarawak guna lambang PKR



PENJELASAN: Wong menunjukkan surat watikah menggunakan lambang PAS di pejabatnya di Sibu semalam.

SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak semalam memutuskan meng­gunakan lambang Parti Keadi­lan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, kata Pengerusinya, Wong Ho Leng.

Ho Leng berkata, DAP sepatutnya menerima khabar Jabatan Pendaftaran Pertubu­han (ROS) untuk menarik balik keputusan yang tidak mengikti­raf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut pada jam 3 petang semalam.

Namun sehingga jam 3.45 petang, Ho Leng ketika ditemui pemberita memberi­tahu, mereka masih belum menerima sebarang khabar berhubung keputusan ROS.

“Parti (DAP) tidak mempu­nyai pilihan dan memutuskan menggunakan lambang PKR pada hari penamaan calon (hari ini) dan surat watikah menggunakan lambang PKR akan tiba pada jam 6.30 petang (semalam),” katanya.

Wong berkata, parti itu akan menghantar surat wa­tikah kepada calon-calon DAP yang bertanding tepat pada waktu mereka hadir bagi penamaan calon hari ini, termasuk kawasan pedalaman seperti Kapit dan Lawas.

“Calon dari Kapit telah kembali semula ke Sibu un­tuk menerima surat watikah dengan lambang PKR hari ini (semalam). Manakala di La­was kita menghadapi sedikit masalah.

“Namun, kita mesti cuba sedaya-upaya menyerahkan surat watikah tersebut di La­was tepat pada masanya pada hari penamaan calon esok (hari ini),” ujarnya.

Wong turut memberitahu, DAP akan bertanding 11 kerusi daripada 13 kerusi pada PRU13 ini dan menggugurkan kerusi Miri dan Sri Aman.

“Kesemua 11 kerusi DAP akan bertanding di bawah lam­bang PKR, kecuali esok (hari ini) sebelum hari penamaan calon, mereka menerima mesej daripada saya menya­takan lambang DAP boleh digunakan,” katanya.

Jelas Wong, calon-calon DAP diberikan tiga surat wa­tikah iaitu di bawah lambang parti (DAP), lambang PKR dan lambang Parti Islam Se- Malaysia (PAS) yang dihantar kepada calon-calon tengah hari semalam. - theborneopost

No comments:

Post a Comment