KUCHING: Barisan Nasional (BN) negeri mampu memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau juga berpendapat, empat kerusi lagi masih boleh dimenangi bergantung kepada keadaan pengundi, terutama di kawasan bandar.
“Saya fikir paling rendah (BN negeri) akan dapat menang ialah 23 kerusi dan yang paling tinggi mungkin 27. Kami menganggarkan ini berdasarkan realiti politik hari ini.
“Mungkin di kawasan bandar, seolah-olah pembangkang mendapat sokongan tetapi ia bukan untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat). PKR tidak dialu-alukan di sini (di Sarawak).
“DAP (Parti Tindakan Demokratik) pula agak agresif dan mereka juga cuba untuk menyerap masuk ke dalam masyarakat Iban,” kata Taib menerusi blog ‘The Mole’ semalam.
Menyentuh mengenai topik sama, sumber yang boleh dipercayai berkata, empat parti komponen negeri iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sara-wak (PRS) dan Parti De-mokratik Progresif Sarawak (SPDP) diyakini mampu memenangi kesemua kerusi yang diperuntukkan ke- pada mereka kecuali Parti Rakyat Bersatu Rakyat (SUPP).
Bagaimanapun, dengan kesediaan Ahli Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng menimbang semula pelan persaraannya, terdapat peluang yang lebih cerah bagi SUPP untuk mengekalkan kerusi terbabit.
Di kerusi SUPP yang lain, Serian tidak seharusnya menjadi masalah bagi penyandang, Datuk Richard Riot Jaem, yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri, untuk mengekalkannya.
Sumber itu menambah, BN negeri juga yakin SUPP mampu merampas kembali kerusi Bandar Sibu daripada DAP, yang hilang berikutan kematian penyandang Datuk Robert Lau Hoi Chew pada April 2010.
SUPP akan menampilkan wajah baharu di Bandar Sibu, iaitu Temenggung Vincent Lau untuk menentang DAP.
SUMBER:theborneopost
No comments:
Post a Comment