Tuesday 16 April 2013

Barisan Nasional dianggap bankrap idea dalam perbahasan dasar



Chong Chieng Jen
KUCHING: Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata Barisan Nasional (BN) kini bankrap dengan idea-idea bagaimana untuk terlibat dalam perbahasan dasar.

“Sebaliknya, mereka tampil dengan situasi yang dibayangkan untuk menakut-nakutkan rakyat.

“Bagi parti yang berkuasa untuk melibatkan diri dalam taktik menakutkan seperti iklan ini, adalah benar-benar menjijikkan…ia menunjukkan mereka semakin terdesak,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika memberi kenyataan balas terhadap iklan di akhbar berbahasa Cina yang mengatakan bahawa ‘jika Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan anda untuk minum di bar atau karaoke, anda OK dengan itu?’.

Sehubungan itu, beliau menggesa BN agar memberi tumpuan kepada perbahasan dasar dan bagaimana untuk memerangi rasuah selain perkara-perkara yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan bukannya mewujudkan satu kes andaian semata-mata untuk propaganda.

Terdahulu, Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching telah merasmikan pembukaan pusat operasi DAP di Jalan Padungan, yang menawarkan perkhidmatan seperti pendaftaran pengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 ini selain turut menjual barangan parti.

Waktu ia dibuka ialah dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Pusat operasi DAP yang lain dijangka dibuka di Everrise Batu 4 1/2 tidak lama lagi.-theborneopost

No comments:

Post a Comment