Thursday, 27 September 2012

Wan Zainal, See Chee How minta maaf kepada Taib


Permohonan maaf mereka disampaikan oleh peguam yang mereka lantik H. C. Sim di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi dari Sabah David Wong.
KUCHING: Dua orang kuat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan See Chee How hari ini memohon maaf kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam Mahkamah Tinggi di sini dan mengakui tindakan mereka mengedar risalah siaran Malaysiakini pada 11 April 2007 lalu merupakan tindakan yang mengaibkan tanpa asas sama sekali.

Permohonan maaf mereka disampaikan oleh peguam yang mereka lantik H. C. Sim di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi dari Sabah David Wong.

Ekoran itu peguambela Ketua Menteri David Wong menarik balik tuntutan ganti rugi dan injunksi terhadap defendan.

Dalam kenyataan Wan Zainal dan Chee How mereka mengaku telah mengedar artikel-artikel terbitan Malaysiakini pada 11 April 2007 yang mereka akui juga tidak berasas langsung, sebaliknya hanyalah berdasarkan laporan-laporan media Jepun.

Artikel tersebut menyebut Taib sebagai menyalahguna kuasa beliau untuk mendapat imbuhan bagi transaksi jualan kayu balak ke pasaran Jepun.

Malaysiakini sudah pun memohon maaf kepada Taib dan mengakui telah menyiarkan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Wan Zainal merupakan calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2011 yang gagal menewaskan penyandang Dr Abdul Rahman Junaidi (Barisan Nasional) di kawasan Pantai Damai manakala Chee How ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang.

sumber:FMT

No comments:

Post a Comment