SARIKEI: “Masyarakat di Parlimen P208 Sarikei tidak sewajarnya mempercayai khabar angin bahawa terdapat individu tertentu atau calon baharu yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mengantikan saya,” kata Ding Kuong Hiing.
Ding juga yang merupakan Ahli Parlimen P208 Sarikei turut berkata, berita seperti itu tidak sewajarnya dipercayai oleh masyarakat kerana pada masa kini, terdapat pelbagai cara dan langkah pihak tertentu untuk memutar-belitkan sesuatu perkara bagi mengelirukan masyarakat, terutama menjelang musim pilihan raya.
“Dewasa ini era masyarakat berpolitik adalah sangat bijak dan sentiasa menggunakan setiap peluang yang ada dengan sebaik dan sebijaknya.
“Jadi berdasarkan situasi tersebut, masyarakat yang kerap menjadi sasaran keadaan juga harus bijak dan peka dalam menilai sesuatu perkara agar mereka tidak diperalatkan oleh pihak terbabit demi kepentingan diri.
“Dalam menentukan siapakah calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Sarikei biarlah pucuk kepimpinan parti yang menentukan dan mengumumkannya serta bukan menerusi konsep melobi diri menjelang musim pilihan raya,” katanya.
Ding berkata demikian pada majlis Makan Tenga Hari Bersama Ketua Masyarakat Parlimen P208 Sarikei, semalam.
Majlis itu juga diadakan untuk memberitahu kepada masyarakat di Parlimen Sarikei agar tidak percaya dengan satu spekulasi dan khabar angin yang telah tersebar sejak beberapa minggu lepas, mengatakan ada seorang individu yang telah dilantik oleh pihak BN untuk menjadi calon bagi menggantikan dirinya.
Tambah Ding, beliau berharap masyarakat di Parlimen Sarikei tidak terpengaruh dengan perkara terbabit, tetapi lebih memberi tumpuan kepada pembangunan diri demi masa depan yang lebih cerah.
Terdahulu, Penghulu Michael Meling di majlis yang sama, dalam ucapannya berkata, masyarakat harus sedar bahawa individu yang mengatakan dirinya sebagai calon baharu bagi parti SUPP untuk menggantikan Ding bukan mengambil pendapat dari peringkat akar umbi amnya.
“Pihak kita di peringkat akar umbi tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini dan semua ini adalah di luar pengetahuan kita.
“Kita tidak tahu mengenai sejarah atau latar belakang beliau dan adakah beliau betul-betul bersedia untuk berjuang demi rakyat di Parlimen ini.
Tambahnya, pada selama ini baik pada masa yang senang mahupun susah hanya Ahli Parlimen P208 Sarikei Ding Kuong Hiing sahaja tempat masyarakat bergantung dan mengadu masalah, setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Datuk David Teng Lung Chi telah kalah kepada pihak pembangkang pada pilihan raya lepas.
“Kita harus telah sedar bahawa masa kini hanya wakil kita di kerusi Parlimen ini sahaja tempat kita bergantung… dan seperti yang kita lihat sejak pihak pembangkang memenangi kerusi DUN yang lepas, apa yang mereka tahu ialah komen itu tidak baik, ini tidak baik, itu masalah, ini masalah…tetapi untuk memikirkan jalan penyelesaian mereka ternyata gagal.
“Tindakan mereka ini amat jelas menunjukkan mereka adalah jaguh dalam membangkitkan isu tetapi bukan juara dalam membimbing rakyat ke arah pembanguan dan kemajuan.
“Sehubungan itu juga, pihak kita ingin menjelaskan, memberitahu dan menasihatkan kepada masyarakat agar tidak mudah percaya dengan berita angin yang tiada kepastian itu kerana ia lebih kepada konsep melobi diri sendiri dan untuk mengelirukan masyarakat,” kata Michael.
Pada sama, seramai 150 ahli SUPP Cawangan Sarikei dan ketua-ketua masyarakat turut melancarkan resolusi yang mengatakan mereka akan terus berdiri teguh dan memberi sokongan kepada Ahli Parlimen P208 Sarikei Ding Kuong Hiing terus kekal sebagai calon bagi menghadapi Piliharaya Umum Ke-13.
No comments:
Post a Comment