MARUDI 3 Sept. - Penduduk Ulu Baram di sini, dinasihatkan tidak terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu dalam isu pembinaan Empangan Hidro Elektrik Baram menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ahli Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, rakyat harus sedar bahawa projek berkenaan akan memberi impak kepada pembangunan dan kegiatan ekonomi penduduk sekali gus meningkatkan taraf hidup dan pendapatan masyarakat luar bandar.
"Ramai rakyat tidak faham dan tidak dapat melihat faedah serta keuntungan yang boleh dinikmati oleh rakyat pada masa akan datang apabila projek Empangan Hidro Elektrik Baram telah siap.
"Ini diburukkan dengan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang sering menghasut rakyat agar menentang projek itu," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika berucap merasmikan Ceramah Motivasi anjuran Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Marudi, di sini semalam.
Dalam pada itu seramai 150 pelajar menghadiri ceramah motivasi berkenaan dengan ceramah disampaikan oleh pakar motivasi dari Kuching iaitu Dr. Safiee Lugom.
Mengenai ceramah motivasi itu, Jacob mengingatkan ibu bapa di kawasan luar bandar supaya terus menekankan kepentingan pendidikan kerana ia satu-satunya cara yang boleh mengubah nasib serta taraf hidup mereka.
Sehubungan itu, beliau berharap, ibu-bapa sentiasa mengawasi dan mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak supaya mereka tidak leka.
sumber: UTUSAN ONLINE
wahai jacob..saya sebagai rakyat baram, tak usah ada yang mengasut kami di baram, kami sendiri dapat melihat masa depan yang suram impak dari empangan itu nanti. tidak ada langsung keuntungan untuk rakyat baram hasil dari empangan itu,yang untung adalah bos awak taib mahmud dan kroni termasuk awak
ReplyDelete