Monday 3 September 2012

Langkah Wong Judat memang telah dijangka, kata Rundi


KUCHING: Langkah terbaharu Parti Pekerja Sarawak (SWP) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Meluan yang belot, Wong Judat sebagai naib presiden parti itu, dijangka akan memberi laluan kepadanya dipilih sebagai calon SWP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum nanti, kata Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi.

Beliau berkata BN Negeri akan menentang SWP sebagai 1BN jika ia bertanding menentang mana-mana calon BN walaupun Presiden SWP Larry Sng berulang kali menegaskan partinya yang baharu ditubuhkkan sentiasa berkawan dengan BN dan komponennya kecuali Parti Rakyat Sarawak (PRS).

“Selagi SWP berada di luar BN, mereka adalah pembangkang (walaupun Larry mendakwa mereka mesra BN) dan saya percaya mereka mahu mengelirukan pengundi,” katanya kepada Bernama di sini.

“Saya mahu menegaskan di sini tiada parti akan meragui semangat BN, persefahaman dan kejujuran dalam menentang pembangkang dalam pilihan raya akan datang,” katanya sebagai mengulas kemasukan Wong ke dalam SWP semasa mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di sini semalam, yang menimbulkan persoalan sama ada beliau tersenarai dalam senarai calon parti itu.

Wong yang meninggalkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak sependapat dengan Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menyatakan hasrat untuk bertanding di Julau sekiranya Salang dicalon semula oleh BN.

Lary juga berkata SWP akan bertanding menentang PRS di semua enam kerusinya dalam pilihan nanti. — Bernama

No comments:

Post a Comment