Wednesday 5 September 2012

Pengundi Lubok Antu dinasihati agar tidak sokong pembangkang



GUNA DENGAN BAIK: Dr Rayong (kiri) dan Nyalau (kanan) menyempurnakan simbolik perasmian bekalan air Rumah Assan, Memaloi pada majlis itu.


ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa menasihati pengundi di Parlimen Lubok Antu agar jangan sekali-kali menyokong parti pembangkang yang cuba meletakkan calon dari luar bertanding di kawasan Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang

Menurutnya, tindakan parti pembangkang yang cuba meletakkan calon luar untuk bertanding di Parli- men Lubok Antu hanya akan menyebabkan berlakunya perpecahan perpaduan rakyat di Lubok Antu sendiri.

Sebagai contoh Parti Pe-kerja Sarawak (SWP) selaku parti pembangkang cuba menguji nasib di sini yang dilihat boleh menggugat ‘keamanan politik’ di Lubok Antu, tambahnya.

“Jadi jangan cuba menyokong calon SWP sebaliknya sokonglah calon Barisan Nasional (BN) yang sudah semestinya akan meletakkan anak jati Lubok Antu sendiri bertanding di Lubok Antu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Bekalan Air di Rumah Assan Ramba, Memaloi, Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Sebanyak 61 keluarga dari Rumah Assan Ramba, Memaloi mendapat manfaat daripada projek bekalan air yang dibina oleh kerajaan bagi menggantikan kemudahan air lama sebelum itu.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak.

Selain itu Dr Rayong juga menyeru rakyat agar menyokong Nyalau sekiranya beliau diberikan kepercayaan untuk mempertahankan semula kerusi Parlimen Lubok Antu pada PRU13 nanti.

Dalam majlis itu Dr Ra-yong dan Nyalau masing-masing mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar yang sama iaitu RM10,000 untuk JKKK Rumah Assan dan RM5,000 kepada Biro Wanita rumah panjang itu.

Turut hadir pada majlis itu Pembantu Khas Ahli Parlimen Lubok Antu Zainie Aji, Kaunselor Nyambong Maweng, Kaunselor Roy Edward Entalai dan ketua kaum sekitar Engkilili.

No comments:

Post a Comment