Tuesday 25 September 2012

Mawan mahu lebih ramai orang muda menyertai SPDP

KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom mahu lebih ramai orang muda khasnya golongan profesional dan berkelayakan menyertai parti.

Menurut beliau, ia adalah untuk masa depan iaitu bagi parti dan seseorang itu sendiri.

“Mesej saya kepada orang muda, pergi dan sertai parti ini (SPDP) dan uruskannya dengan cara yang anda mahu.

“Kami telah menyediakan ‘kenderaan’ untuk anda, saya fikir itulah cara kita boleh menjamin masa depan untuk parti dan bagi orang muda sendiri.

“Saya tidak akan menghalang mereka… saya telah berdiri cukup lama, mungkin terlalu panjang itulah sebabnya saya komited sepenuhnya untuk itu.

“Saya akan mendengar pandangan mereka, saya terbuka dan saya fikir saya sangat bertolak ansur… akan ada perubahan iaitu orang muda mengambil alih daripada yang lama,” katanya.

Beliau ditemui ketika menyempurnakan penutupan Pertandingan Bola Sepak Singgai Tertutup anjuran SPDP di Kampung Tanjong di sini, kelmarin.

Mengenai kekuatan parti, Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial berkata ia semakin meningkat dengan menyaksikan pertambahan keahlian.

“Kami memantau dari ibu pejabat mengenai kemajuan parti.

“Struktur yang kami miliki seperti kumpulan, pemimpin dan ahli penganjur dalam pelbagai kawasan,” katanya.

Beliau juga berkata parti kini juga memiliki ramai ahli muda pasif daripada pelbagai kaum dan aktif menganjurkan program sosial di bawah semangat Barisan Nasional (BN).

“Saya boleh lihat penglibatan dan penyertaan orang muda dalam menganjurkan apa yang mereka suka, apa yang mereka nikmati.

“Kami tidak pernah melihat politik dari segi kepentingan peribadi.

“Ia adalah satu faedah yang sangat luas dan kepentingan jangka panjang BN iaitu cuba untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment