Saturday, 4 February 2012
oleh Hazemi Hj Entek
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas menyarankan agar masyarakat di Debak khasnya dan Saribas amnya agar terus memupuk semangat muhibbah dan sentiasa bersatu padu tanpa mengira identiti kaum dan anutan agama.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas menyarankan agar masyarakat di Debak khasnya dan Saribas amnya agar terus memupuk semangat muhibbah dan sentiasa bersatu padu tanpa mengira identiti kaum dan anutan agama.
Menurutnya, perpaduan adalah satu tonggak penting dalam usaha memacukan hala tuju pemantapan pembangunan negara. Jika rakyat sentiasa bersatu padu dan sentiasa memahami antara satu dengan yang lain maka setiap perancangan pembangunan akan dapat dilaksanakan dengan baik, ujarnya.
Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Debak, Jumaat. Majlis yang penuh gemilang itu dianjurkan oleh Persatuan Chung Hua Debak bersama PIBG SJKC, Debak.
Katanya, untuk membina masa depan yang negara yang gemilang, semua pihak hendaklah sama-sama berusaha memperkasakan hubungan baik antara satu dengan yang lain. Justeru, dalam usaha itu, kita juga perlu melahirkan modal insan yang cemerlang ke arah itu.
Uggah dalam pada itu juga merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur terutamanya masyarakat Tiong Hua sempena sambutan Tahun Baru ini dan berharap agar tahun naga dapat mendatangkan keamanan serta kemakmuran kepada semua. Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian 'Ang Pau' kepada beberapa orang warga emas yang terpilih.
Dalam perkembangan yang sama Uggah menasihati agar kemudahan yang disediakan seperti Facebook, Twiter dan sebagainya janganlah dijadikan sebagai paltform untuk melakukan perkara yang tidak elok seperti mengutuk, mengumpat dan sebagainya, sebaliknya jadikan kemudahan tersebut untuk aktiviti berfaedah disamping untuk menyampaikan maklumat yang baik.
Uggah juga berharap agar pihak Residen, pejabat Daerah supaya dapat membuat perancangan dalam usaha membangunkan Saribas maju dalam pembangunan termasuk peningkatan ekonomi rakyat.
Terdahulu Uggah mengumumkan peruntukan masing-masingnya berjumlah RM20 ribu ( Pembinaan Tempat Letak Kereta ),RM15 ribu ( pembinaan pagar SJKC), RM3 ribu ( Green House ), RM10 ribu ( P.A Sistem SJKC), RM10 ribu ( Persatuan Chung Hua ) dan RM 10 ribu ( Tokong Cina ). Manakala ADUN Saribas pula menyumbangkan peruntukan berjumlah RM5 ribu ( Persatuan Chung Hua ) RM 3 ribu ( PIBG SJKC).
Dalam perkembangan lain, Uggah menyeru kepada masyarakat disini agar terus memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan agenda politik pembangunan di Saribas. Jelasnya, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh memberi pembangunan kepada rakyat.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel serta ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat Debak.
No comments:
Post a Comment