Friday, 3 February 2012
Majlis Penyampaian BR1M yang diadakan di Dewan Masyarakat di sini pada hari Khamis telah dicacatkan oleh keghairahan orang ramai untuk menerima wang bantuan tersebut.
Segelintir daripada penerima kelihatan menyerbu kaunter pengagihan baucer tunai dengan tidak menghiraukan giliran masing-masing.
Perihal yang tidak mengikut peraturan itu adalah penyumbang kepada terbelakunya kekecuhan kecil, yang memaksakan penganjur untuk menghentikan seketika penyerahan baucer tersebut sebelum ia disambung semula .
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Hajah Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembagunan Keluarga yang juga merupakan ADUN Dalat.
Walau bagaimanpun, setakat ini tiada yang mengadu tercedera akibat kesesakan dan mereka hanya berharap agar pihak berkuasa akan membuatkan ia sebagai garis panduan demi mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan baucer tunai tersebut pada masa akan datang
Justeru itu, ramai yang berpendapat bahawa pemilihan dewan masyarakat Dalat sebagai tempat pengagihan itu tidak tepat terutama sekali apabila ia melibatkan lebih daripada 1,500 orang.
Seramai 1,746 orang penerima yang hadir pada majlis yang menyaksikan orang ramai menyerbu masuk ke dalam dewan sejurus selesai ucapan tetamu kehormat pada hari itu dan tak kurang juga yang memilih untuk menunggu di luar kerana dewan telah penuh sesak dengan penerima yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

No comments:
Post a Comment