Friday 7 March 2014

PBB gagal mempertahankan autonomi untuk Sarawak, dakwa PKR

Banyak hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perkara 18 dan 20 Perjanjian Malaysia 1963 telah dibatalkan oleh BN

KUCHING: PKR Sarawak akan menegakkan autonomi untuk negeri itu jika memerintah kerana Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) gagal mempertahankannya.

Ketua Penerangan Negeri, Vernon Aji Kedit berkata kesilapan pemimpin masa lalu telah meambawa Sarawak kepada keadaan yang dilalui hari ini.

“Banyak hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perkara 18 dan 20 Perjanjian Malaysia 1963 telah dibatalkan oleh Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno.

“Ia berlaku sejak Tun Abdul Rahman Yaakob menjadi Ketua Menteri Sarawak ketiga, dengan menjadikan Sarawak menjadi salah satu negeri di Malaysia, “Parti tempatan negeri masa itu malah bersetuju untuk melepaskan banyak hak-hak tersebut.” tegas beliau

Vernon juga menambah mantan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengambil kesempatan di atas kemunculan semangat nasionalisme oleh rakyat Sarawak sejak akhir-akhir ini.

“Sikap Taib menyalahkan parti-parti dari Semenanjung umpama menyelematkan harta beliau daripada diketahui umum,” katanya lagi.

Banyak generasi muda berdepan tekanan dengan kekurangan peluang pekerjaan dan pemabangunan infrastruktur yang terhad di negeri ini.

Sarawak negeri terkaya

Walaupun merupakan negeri terkaya yang mempunyai sumber minyak dan gas, tahap kehidupan rakyat Sarawak tidaklah sebaik jika dibanding dengan Semenanjung.

Vernon berkata kekecewaan yang menggelegak ini telah dinyatakan melalui media sosial.

“Generasi muda mula menuntut autonomi penuh, referendum untuk berpisah dari Malaysia dan ada yang menuntut pengasingan secara terang-terangan,

Pakatan Rakyat (PR) yang melihat isu terbabit berkata bahawa rakyat Sarawak perlu meneliti inti Deklarasi Kuching yang dilancarkan pada 16 September 2012 yang dilakukan oleh pimpinan PR yang mewakili Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Deklarasi Kuching memberi jaminan autonomi untuk Sarawak dan memulihkan kembali semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang termasuk Perjanjian 18 dan 20,

“Ia membabitkan 18 Perkara untuk Sarawak, dan 20 Perkara untuk Sabah,

“Maksudnya di sini ialah, Sarawak akan mendapat semula status mereka sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia dan bukannya sekadar negeri,” tegas beliau.

Vernon juga menambah umum tidak mengetahui bahawa pada 24 November 2013, PKR yang mengadakan Kongres Nasional telah meminda perlembagaan parti.

“PKR Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi sendiri dalam menentukan perkara yang berbangkit,

“Oleh itu, ia akan menjadi tidak betul untuk melabel PKR Sarawak sebagai parti Semenanjung,

“PKR Sarawak diterajui oleh orang Sarawak dan dipimpin oleh orang Sarawak sendiri dengan autonomi seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Parti,” katanya. - fmtborneoplus

1 comment:

  1. Saya tlhpun linkkan blog tuan di blog saya..Mohon jasabaik tuan utk linkkan blog saya http://www.tekokopi.blogspot.com di blog ini. Sekian ribuan terima kasih..

    ReplyDelete