Monday 17 March 2014

Abdul Jalil Bujang wakili PKR pada PRK DUN Balingian


ABDUL JALIL
SIBU: Abdul Jalil Bujang, 55, yang berasal dari Bintulu dan mempunyai hubungan kekeluargaan di Balingian dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Abdul Jalil pernah bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Ke-10 di DUN Jepak dan tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Talib Zulpilip yang mendapat 5,470 undi.

Abdul Jalil mendapat 2,342 undi.

Berbangsa Melanau Muslim, beliau yang pernah bekerja di Sarawak Shell Berhad, Sarawak Pulp Industries, Malaysia LNG Sdn Bhd dan Science Tech Solutions Sdn Bhd, kini bekerja sendiri sebagai usahawan.

Berkahwin dengan Norkalbe Rapae yang berkhidmat sebagai guru, pasangan itu dikurniakan seramai 12 anak dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohd, Bintulu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu dan Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang.

Abdul Jalil memegang jawatan setiausaha PKR Cabang Bintulu dan ketua ranting Jepak turut menjadi pengerusi HIKMAH Bahagian Bintulu, ahli Majlis Tertinggi HIKMAH Sarawak, bekas Naib Yang Dipertua HIKMAH dan ahli jawatankuasa Pertubuhan IKRAMMalaysia Negeri Sarawak .

Selain itu, beliau terlibat dalam penubuhan Tadika Islam di Bintulu, Tadika AnNur, Tadika HIKMAH Bintulu, Tadika HIKMAH Sebauh, Tadika Bestari Kampung Baru Bintulu, Brilliant Kindy, Institut Tahfiz Bintulu, Madrasah Al Quran Bintulu dan Sekolah Rendah Majlis Islam Bintulu.

Abdul Jalil merupakan bekas Naib Yang Dipertua HIKMAH, Imam Surau Loji MLNG, ahli Jawatankuasa Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu, Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Bintulu, Pengerusi Surau Darul Taqwa, Kampung Sebiew Bintulu dan pengasas Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Bintulu. - theborneopost

No comments:

Post a Comment