PRK Balingian: Calon BN tiba di pusat penamaan calon diiringi Muhyiddin
CALON Barisan Nasional di Dun Balingian Mukah, Yussibnosh Balo, 48, diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (kanan) tiba di pusat penamaan calon di Dewan Surah, Mukah. - Azahan Rosli
MUKAH: Calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 47, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, di sini kira-kira jam 8.55 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Udangan Negeri (DUN) Balingian. 

Mengiring beliau ialah kira-kira 2,000 penyokong BN diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang Timbalan Pengerusi BN. 

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohammad Leo Toyad selaku Ahli Parlimen Mukah. 


Yussibnosh yang juga bekas Pegawai Daerah Dalat bersama lebih 2,000 penyokong BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berarak sejauh satu kilometer ke pusat penamaan calon. - Berita Harian