Tuesday 25 March 2014

Politik pembangunan S’wak lebih cerah jika rakyat terus sokong BN

MUKAH: Politik pembangunan Sarawak akan lebih cerah sekiranya rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, walaupun Sarawak mempunyai kawasan yang agak luas dan telah membangun tetapi ia masih memerlukan lebih banyak pembangunan mapan.

Justeru, kesinambungan politik pembangunan di antara kerajaan negeri dan pusat bersama rakyat di ne-geri ini perlu diteruskan demi pembangunan negeri ini.

Simoi berkata demikian kepada pemberita selepas berkempen membantu calon BN, Yussibnosh Balo semasa berkunjung ke Kampung Suyong dekat Balingian petang kelmarin.

Turut turun padang membantu calon BN berkenaan ialah anak kepada Perdana Menteri Mohd Nasimuddin Mohd Najib, Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang serta Setiausaha Politik Ketua Menteri Dayang Roayah Abang Adeng.

Simoi menjelaskan, kawa-san Balingian masih lagi memerlukan banyak pembangunan pada masa depan, oleh itu rakyat di sini seharusnya memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir kawasan ini.

“Saya percaya, rakyat di Balingian ini faham akan situasi yang berlaku dan mereka masih memerlukan BN untuk membangunkan kawasan mereka,” ujarnya.

Oleh yang demikian kata-nya, rakyat di sini seharusnya bijak memilih wakil rakyat yang sesuai yang dapat membawa pembangunan demi masa depan mereka,” ujarnya. - theborneopost

No comments:

Post a Comment