Monday, 31 March 2014

Kekalahan PKR di DUN Balingian memang sudah dijangka, kata Chong

KUCHING: Kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) De­wan Undangan Negeri (DUN) Balingian sememangnya sudah dijangka, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Chong Chieng Jen.

Katanya sebelum PRK berlangsung Sabtu lalu, beliau sememangnya sudah mengeluarkan kenyataan ba­hawa PKR tidak mempunyai peluang untuk memenangi kerusi Balingian.

Menurutnya keputusan tersebut adalah dipengaruhi oleh faktor mentaliti pengun­di di luar bandar dan bandar yang jauh berbeza.

“Perbezaannya, pengundi di bandar mementingkan kerajaan yang telus manakala pengundi luar bandar hanya mahukan pembangunan pesat.

“Perbezaan ini menyebab­kan sukar untuk PKR me­menangi hati penduduk luar bandar dan ini memerlukan kami berusaha lebih gigih dan lebih banyak kerja un­tuk dilaksanakan pada masa akan datang di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan David Wong Kee Woan yang turut hadir pada mesyuarat tersebut memberitahu, DUN Bukit Assek tidak akan diabaikan walaupun ADUNnya Wong Ho Leng sedang sakit pada masa ini.

Menurutnya, DAP akan menjaga konstituensi tersebut dan tidak sesekali mengabaikannya.

¡§Bersama Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, kami akan bersama-sama bertangungjawab memastikan DUN Bukit Assek akan dijaga termasuk menerima setiap permasalahan daripada rakyat,¡¨ jelasnya.

Bagaimanapun, Chong yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatan Wong Ho Leng berharap maklum balas diberikan sendiri oleh keluarganya. - theborneopost

No comments:

Post a Comment