Monday, 17 March 2014

PRK Balingian: Hanya calon BN, PKR kemuka pencalonan

MUKAH: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, 29 Mac ini bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaik proses penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah ditutup pada jam 10 pagi tadi. 

BN diwakili Yussibnosh Balo, 47, manakala PKR, Abdul Jalil Bujang, 55, dengan nama kedua-dua calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili. 

DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus). 

Sementara itu, proses penamaan calon berlangsung tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini, sekaligus memperlihatkan kematangan berpolitik di Sarawak. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment