Monday 24 March 2014

Kerajaan nafi abai pembangunan projek luar bandar Mukah

MUKAH: Kerajaan menafikan dakwaan pembangunan projek luar bandar hanya dirancang pada musim pilihan raya bagi memancing hati pengundi untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ada ketika projek-projek pembangunan lambat dilaksanakan namun ia bukan disengajakan kerana ada sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

“Memang ada kalanya projek lambat dilaksanakan kerana pelbagai faktor antaranya keperluan untuk merancang secara terperinci termasuk pengiraan peruntukan kewangan supaya tidak ada masalah apabila proses pelaksanaan berjalan,” katanya semasa sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tutus Hilir, sebuah perkampungan Melanau, semalam.

Tuduhan mengatakan kerajaan hanya menjanjikan projek semasa pilihan raya tidak benar kerana kerajaan akan tetap melaksanakan setiap projek yang telah dijanjikan, katanya.

Sehubungan itu beliau berharap pengundi akan memberi kemenangan besar kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian pada 29 Mac ini.

BN meletakkan bekas pegawai daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, dan bakal berdepan calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, seorang ahli perniagaan. — Bernama

No comments:

Post a Comment