Thursday 20 March 2014

PAS bantu PKR untuk tidak beri laluan mudah kepada BN

KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang dijadualkan pada 29 Mac ini.

Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Negeri Sarawak Mohamad Shokri Ahmad Fauzi berkata, parti itu akan sentiasa memberi sokongan dan membantu calon PKR yang mengepalai jentera PRK Balingian itu kelak.

“PAS akan tetap me-nyokong dan bersama PKR yang turut bertanding pada PRK tersebut kerana apa yang penting bagi PAS ialah memastikan Balingian tidak menjadi kerusi tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Munaqasah Dewan Muslimat PAS Sarawak di Markas PAS, Matang Jaya di sini baru-baru ini.

Selain itu, katanya PAS tidak pernah meninggalkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat kerana pegangan teguh pada sistem ‘Tahaluf Siyasi’ yang bermaksud bekerjasama dalam persefahaman politik.

“Kerjasama ini akan ber-terusan dan kami akan membantu calon PKR di Balingian pada PRK ini kerana kami tidak mahu memberi laluan mudah kepada PBB dan BN untuk menang walaupun kerusi tersebut adalah kubu kuat mereka seperti yang didakwa,” ujarnya.

Mengulas mengenai ke-putusan mahkamah yang dijatuhkan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata PAS bagaimanapun menghormati keputusan yang telah ditetapkan mahkamah.

“Hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar sama sekali tidak menggugat mahupun mempengaruhi pengundi-pengundi di Balingian kerana saya yakin, pengundi sudah matang untuk menilai isu ini,” tambahnya.

Hadir sama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Siti Zailah. - theborneopost

No comments:

Post a Comment