Monday, 6 February 2012

Rakyat dilihat semakin terima program transformasi PM

2012/02/06

KUALA LIPIS: Rakyat dilihat semakin yakin dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang melakukan pelbagai program transformasi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata pelbagai program seperti pemberian Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM), Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Kedai Menu Rakyat (KMRM), Bantuan Persekolahan 1Malaysia (BP1M), dilihat ternyata mendapat sambutan rakyat di seluruh negara dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat.
"Bagaimanapun anggota UMNO jangan leka dengan pakatan pembangkang sekalipun mereka dilihat hilang punca dan terdesak berikutan perubahan rakyat terhadap transformasi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Siri Penerangan kawasan Parlimen bagi kawasan parlimen Cameron Highlands di sini, malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment