2012/02/06
KOTA BAHARU: Status sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak menghalang UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada terus membela rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, hakikatnya ialah rakyat dapat melihat sumbangan kerajaan pusat kepada Kelantan tetapi fitnah dan pembohongan pihak tertentu mengubah persepsi rakyat bahawa UMNO dan BN menyekat projek pembangunan dibawa ke negeri ini.
"Bagi orang yang memfitnah menyatakan kita menyekat kerajaan pusat...mereka lalu (jambatan dan jalan raya), mereka guna lapangan terbang; tidak nampakkah mereka.
"Rakyat semakin melihat semua sumbangan kerajaan pusat tetapi malangnya fitnah terlalu banyak, maka (wujud) persepsi rakyat Kelantan (bahawa) kita menyekat. Itu tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama.
No comments:
Post a Comment