2012/02/02
TINDAKAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan nama 42,025 pengundi yang status mereka meragukan daripada senarai daftar pemilih selepas tempoh semakan tamat kelmarin, membuktikan agensi itu tegas dalam membersihkan senarai pengundi. Keputusan SPR itu sepatutnya dapat menjawab segala tuduhan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang selama ini mendakwa SPR tidak telus dan bersih ketika mengendalikan sesuatu pilihan raya. Ternyata, SPR tidak pejam mata dalam menangani isu status pengundi meragukan, sebaliknya mahu bertindak tegas dengan membuang nama pengundi yang tidak kehendaki kerana ia mungkin menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang. Langkah SPR bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas Parlimen Berkaitan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) sebelum ini ternyata membawa perubahan dan transformasi kepada sistem pengurusan maklumat pengundi. Jika diamati, sekurang-kurangnya tiga tuntutan pembangkang untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang adil dan bebas sudah dituruti SPR, iaitu membersihkan senarai pengundi melaksanakan reformasi terhadap undi pos dan yang terbaru bersetuju menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang.
Persoalan yang berlegar kini ialah adakah pembangkang dan sekutu kuat mereka, BERSIH yang diterajui Datuk S Ambiga dapat menerima kenyataan atau masih tidak berpuas hati dengan tindakan terbaru SPR ini. Berdasarkan pemantauan di internet, khasnya di laman blog dan portal berita propembangkang, ternyata mereka tetap tidak berpuas hati dengan tindakan SPR itu. Segala proses pembaharuan dan penambahbaikan dilakukan SPR rupa-rupanya masih tidak cukup untuk memuaskan hati pembangkang dengan tetap mencari salah serta kelemahan bagi memburuk-burukkan imej organisasi itu. Benarlah seperti kata pepatah Melayu, ‘sepuluh jong berlalu, anjing tetap bercawat ekor’. Begitu juga pembangkang, biar apa pun perubahan dan penambahbaikan dilakukan kerajaan, mereka tetap akan membangkang, membantah serta menolaknya mentah-mentah. Malah tohmahan baru direka pembangkang terhadap SPR bagi menunjukkan entiti itu tetap gagal menjalankan peranannya. Sejarah pilihan raya sebaliknya membuktikan, SPR sudah melakukan yang terbaik ketika mengendalikan pilihan raya, termasuk 10 pilihan raya kecil sebelum ini. Seandainya SPR tidak adil dan telus mengendalikan pilihan raya, sudah pasti pembangkang tidak berpeluang langsung untuk memenangi kerusi pilihan raya. Kita tidak tahu apa lagi yang dimahukan pembangkang daripada SPR. Kita mengharapkan pembangkang dapat menerima hakikat ini dan sedia menelan kebenaran walaupun pahit. (BERITA HARIAN)

No comments:
Post a Comment