04/02/2012 2:54pm
PEKAN 4 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak penubuhan Kor 1Malaysia, yang akan menggabungkan usaha dan tenaga pelbagai kumpulan belia sukarelawan daripada pelbagai bangsa bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia, katanya.
"Persiapan (untuk menubuhkan Kor 1Malaysia) sedang dibuat dan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) di padang awam, pusat bandar Dara Chini di Chini dekat ini.
Beliau berkata, menerusi Kor 1Malaysia, gabungan yang melibatkan anggota BSKN, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rakan Muda dan kumpulan-kumpulan sukarelawan yang lain, ia dilihat akan menjadi satu angkatan yang hebat dan unggul.
"Penubuhan Kor 1Malaysia itu nanti akan menjadi sendi kekuatan baru untuk kebaikan negara,” katanya. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment